Jumaat, 4 November 2011

sekeping hati yang setia

apakah mesti aku bertanya
setelah hati ini hancur
di amok badai yang mengila
sehingga tersadai di tasik cinta
apakah mesti aku bertanya
setelah kau sirami hati ini
dengan setitik air mata
sesejuk embun pagi
apakah mesti aku berkata
biarkanlah hati ini hancur
ditaburi upas yang bisa
melepaskan kasih yang telah tiada
dan
ku serahkan ini semua
pada sekeping hati yang setia
membariskan kata kata
di pagi syawal yang mulia



1 syawal 1397 karya AR